Shazzy

Shazzy - Lagu Puisi lyrics

rate me

lagu puisi harmoni ingin ku tujukan

diharap akan menusuk kalbu setiap insan

lagu puisi harmoni ingin ku pasti kan membawa

erti makna serta senyuman

sudah sekian lama

aku asyik bermimpi

bilakan tiba masa untuk ku munculkan diri

setiap hari, diri hanya bersabar

semangat makin bara, niat semakin tegar

dalam hatiku, ku simpan pelbagai lagu

my dream is to fill the world with songs itu citaku

dari muda telahku pegang kepada citaku

kini diberi peluang untuk berlagu kepadamu

songs make the world the go round, ni pendapatku

ada saja lagu yang dapat gambar perasaanmu

tika bersedih, sunyi ataupun bergembira

ada-ada saja lagu yang menggambarkan rasa

aku ini, dikurnia bakat luar biasa

selalu ku bersyukur kepada yang Maha Esa

setiap nota, dimainkan untuk semata-mata

menceriakan sesiapa yang kini asyik berduka

berdirinya ku di sini berpandu satu misi

lupakan seketika wasangka dan rasa sangsi

dengar sebentar, sajakku bermula di sini

berteknik baru supaya dikau akan ingati

namaku kini, tertera di cover CD

ku cuba beri yang terbaru ngan kemunculan ni

sekian lama, ku cari cara untuk lagukan

supaya lagu-laguku diberi perhatian

berwajah tampan, umur awal dua puluhan

kini asyik mempelajari cara kehidupan

hidupan, zaman remajaku baik dijadikan, teladan

supaya pemuda sekarang tidak mensia-siakan

hidup mereka, mereka tidak sedari

satu kesilapan boleh rosakkan peribadi

kiniku, inginkan, semua sila fahamkan

setiap lakuan, tentu ada ganjaran

sekali lagi, ingin ku ulangi sekali lagi

kepada sesiapa yang tak pernah mempercayai

aku kini, ingin bukti betapa

salahnya mereka yang ingin aku tak berjaya

aku kini, semakin matang dan upaya

mencari peluang sendiri untuk capaikan cita

bersyukur kerana, inspirasiku ialah bapa

menjadi contoh terbaik kan ku selalu berjasa

walaupun kita, berbeza bidang kau dorongkan

setiap katamu telah ku ukir di fikiran

dikau mainkan, watak pendorong dalam hidupku

ingin ku minta maaf sekira ada salahku

salahku, dulu hanya tidak mendengar kata

walaupun nasihat aku pandai buat tak endah

kini ku sedar, dikau hanya mengasihi

sampai sini saja, tamatlah laguku ini

Get this song at:  amazon.com  sheetmusicplus.com

Share your thoughts

0 Comments found