Cepat Kaya
Your rating:
Dikata... dikata boleh untung berjuta Tiba masa bergaya Dicuba... dicuba tak perlu banyak kerja Ini niaga pasti cepat kaya Cepat isi borang jangan sampai petang Wang anda tak akan terbang melayang Cepat cari orang panggil adik abang Nanti kita banyak wang Pemuda pemudi pun boleh ikut sama Pintu sentiasa terbuka Dipikat diikat biar sampai dapat Nanti untung aku yang sebat Jangan potong orang itu kerja senang Jangan sampai kena serang menyerang Baru dapat orang belum dapat wang Dah tunjuk pandai tunjuk belang Puas nak naik pangkat Badan kini dah penat Sampai cakap pun dah tak larat Seorang pun tak masuk jerat Puaslah sudah aku pujuk-pujuk dia Naik kering anak tekak Tapi dia tak masuk juga Hai letih... Al kisah nak jadi kaya raya Nak mengejar wang berjuta-juta Modalnya alahai senang saja Cuma hanya nak mencari mangsa Kerja tak tentu masa Niat dihati nak bantu bangsa Pimpin isteri dukung anak Mesyuarat merata-rata Apalah nasib hai si-tulang empat kerat Dikejar-kejar tak dapat Tak dikejar kita merempat Al-kisah nak jadi kaya raya Nak mengejar wang berjuta-juta Modalnya alahai senang saja Cuma hanya nak cari mangsa<br /> <br /> Thanks to Razvan
Share your thoughts
No comments here yet... Be the first to give your opinion!